Monday, September 30, 2013

AYAM BERKOKOK DIATAS BATANG, HISAP ROKOK PENYAKIT DATANG



 photo gambarrokok_zps94ffd2b5.jpg
Setiap sedutan membawa padah


Istilah “merokok” membawa maksud perbuatan menghisap rokok. Dewasa ini, tabiat merokok dikalangan rakyat Malaysia setiap hari semakin bertambah. Tabiat ini bukanlah satu perkara baru tetapi juga tidak harus dipandang ringan. “Ayam berkokok diatas batang, hisap rokok penyakit datang” pepatah ini sesuai diberikan kepada si perokok tak kiralah sama ada perokok tegar mahupun perokok biasa-biasa sahaja. Secara umumnya, setiap sebatang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih daripada 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan manusia dan seterusnya boleh membawa maut.


 photo gambarbahayamerokok_zpsa78a7899.jpg
“Zat” yang terkandung didalam sebatang rokok


Sebatang rokok mengandungi lebih kurang 15 jenis bahan berbahaya manakala bahan yang bertanda * ini pula merupakan penyebab utama kepada penyakit kanser. Jadi, cuba anda bayangkan berapa banyak sedutan bahan-bahan berbahaya yang disedut oleh seorang perokok setiap hari ? Masihkan anda ingin meneruskan tabiat merokok selepas mengetahui semua ini ?


 photo gambartubuhseorangperokok_zpsecaaedca.jpg
Keadaan tubuh badan seorang perokok


Setelah meneliti “zat” yang terdapat dalam sebatang rokok dan kesan sedutan asap rokok, perhatikan pula keadaan tubuh badan seorang perokok. Hampir setiap organ dalaman daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki mengalami kerosakan sama ada teruk atau tidak bergantung kepada individu perokok itu sendiri. Rokok juga turut membahayakan manusia yang terdapat disekeliling perokok.

Antara kesan asap rokok terhadap isteri perokok ialah :
● Melahirkan bayi yang kurang berat badan
● Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
● Kebarangkalian terdedah kepada kanser
● Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Antara kesan asap rokok terhadap anak perokok ialah :
● Lebih mudah mendapat lelah
● Mendapat jangkitan paru-paru
● Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
● Mudah menjadi perokok apabila dewasa 


 photo gambarpenyakitkesandaripadamerokok_zps098dfc5a.jpg
Kesan akibat daripada tabiat merokok


Antara keburukan tabiat merokok :

● Menjejaskan kesihatan diri dan keluarga
Tabiat merokok akan mendedahkan diri kita (perokok) kepada penyakit-penyakit kronik. Orang disekeliling kita juga akan terkena tempias akibat daripada perilaku si perokok. Setiap hembusan asap rokok diruang udara, sedikit sebanyak ianya turut menyumbang beberapa penyakit kronik kepada sesiapa yang menghidunya.
● Pembaziran wang
Perbelanjaan sara hidup seorang perokok akan bertambah. Hal ini kerana, perokok terpaksa berbelanja puluhan ringgit dan adakalanya mencecah ratusan ringgit semata-mata untuk membeli rokok walhal wang tersebut boleh digunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaat ataupun disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.
● Mencemarkan alam sekitar
Tabiat merokok juga turut menjejaskan kebersihan alam sekitar. Ruang udara akan tercemar dengan hembusan asap rokok manakala perokok juga tanpa segan silu akan membuang punting rokok di merata-rata tempat. Puntung rokok yang masih berasap boleh menyebabkan kebakaran. Hal ini akan merosakkan imej negara pada pandangan pelancongan asing.


 photo gambartaknakmerokok_zps27635641.jpg
Kempen katakan TAK NAK kepada rokok


Kepada perokok,
Apa pula katan anda ? Pernahkah anda terfikir saat anda  merokok, manusia disekeliling anda berasa terganggu dan kurang senang dengan asap rokok yang anda hembuskan ? Tatkala perasaan itu hadir dalam diri mereka lalu mereka menyumpah seranah anda didalam hati akibat daripada perbuatan anda. Bayangkanlah berapa banyak “dosa” yang anda terima saat anda merokok ? Jadi, mulai daripada hari ini usah lagi membazirkan wang dan membahayakan kesihatan anda dengan menjadi perokok. Katakan TAK NAK kepada rokok !



*Entry ini diataja oleh www.eyriqazz.com



3 comments:

  1. tapikan yang saya tak faham, walau kempen, walau dah beri amaran dan sebarkan tentang bahayanya merokok dan tunjuk bukti tapi orang2 ni tetap tak serik

    ReplyDelete
  2. Slm kenal..

    Ngeri tgok ppics tu semua...nasib baik la hubby x smoking..hehe

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. nasib baik Mr Big tak isap rokok, takutnye bila baca menda-menda ni..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dn komen ◕‿◕




 
Copyright Diari Miza - All rights reserved.