Wednesday, July 31, 2013

POPIA GORENG RANGUP DAN ENAK



Memandangkan sekarang masih dibulan Ramadhan yang mulia, jangan dipersia mood rajin yang tengah aktif. Selalu beli popia mesti tak pernah puas hati sebab inti hanya sebatang taugeh dan sedikit ramuan yang lain. Serious tak puas hati weh. *hentak-hentak kaki* Dan disebabkan nak tunjuk tanda protes punya pasal, aku buat popia sendiri weh. Sedap tak sedap belakang kira (mesti sedap), yang penting puas hati bila makan. Setuju ?



Apa yang kita perlukan untuk menghasilkan inti popia :
  • Sebiji sengkuang diparut
  • 2 biji carrot diparut
  • 2 biji bawang merah dihiris/dirincik halus
  • Sedikit udang kecil (ikut suka hati nak letak banyak mana)
  • Garam secukup rasa

Tumis bawang merah bersama-sama dengan udang dan masak hingga kekuningan. Lepas tu masukkan carrot dan masak sekejap. Kemudian masukkan sengkuang yang telah diparut dan tambahkan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati. Anggaran masa aku masak inti popia lebih kurang 8 - 10 minit. Sekejap pun dah memadai.



Inti popia dah siap so, kita proceed ke step yang seterusnya. Nama pun popia goreng, for sure mesti ada kulit popia. Untuk kulit popia macam-macam jenis brand ada, kau decide lah sendiri nak guna brand apa. Sebelum nak balut/bungkus popia, make sure siap sedia dengan gam untuk lekatkan kulit popia supaya tak terburai intinya. Bahan untuk buat gam kulit popia ialah, sedikit tepung gandum dan sedikit air. Gaul hingga sebati, jangan cair sangat okay nanti tak melekat pulok.



Ambil sekeping kulit popia lepas tu masukkan intinya bebanyak biar gemuk (jangan kedekut) kemudian balut sekemas yang boleh. Abaikan cara balutan popia-popia aku tu. Sesungguhnya daku bukanlah berjari seni, ini saja yang kumampu. Asal bolehhh ! Iyer dok ? LOL. Bila dah siap balut, goreng didalam minyak yang betul-betul panas. Tak payah lelama pun, dah nampak kuning keperang-perangan tu, kau boleh angkat dah toskan. Faham ???


Gigih bersalad bagai. hikhik :D

Yeayyy, dah siap dah popia goreng itew. Dapatlah 28 biji untuk ditelan. Jumlah popia yang kau dapat tu bergantung kepada banyak mana inti popia yang kau hasilkan. Popia goreng boleh dimakan bergitu saja atau nak kan ke-best-annya boleh cicah sos cili dan moyonis. Hidangkan sekali bersama-sama teh o panas lagi bertambah asyik. Wallaaa ~ 



Maklumat Tambahan :
Inti popia tu kalau nak sedap lagi, boleh tambah daun sup. Masa aku buat popia ni, kebetulan daun sup dah habis, biasanya aku letak daun sup. Wangi dan sedap. Cubalah ;)



11 comments:

  1. hambooii...pg2 dah wat entry mkn2 ni..
    terliur kot...oklaa...nmpak pon sedap..
    yg penting puas hati... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemarin punya entry, hari ni baru sempat ping. hihi. Selamat mencuba :)

      Delete
  2. Sedap kan bila buat sendiri, inti ikut suka kita nak letak :)

    Akak ritu ada buat, siap buat dengan sos calit kat atas lagi :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dn komen ◕‿◕




 
Copyright Diari Miza - All rights reserved.