Saturday, August 3, 2013

RAHSIA TUDUNG BAWAL DAN SHAWL MUNCUNG TEGAK



Masalah utama kaum wanita bertudung ialah tudung bawal atau shawl especially shawl jenis kain licin selalu sangat terpenyet, herot dan tak muncung dengan elok. Ishhh, stress lah camnie. Bertambah-tambah stress bila ditiup angin. Macam-macam cara yang kita cuba untuk betulkan tudung supaya muncung tegak 360°. haha.

  • Muncungkan mulut dan hala 360° keatas sambil tiup "fuh fuhh fuhhh" semata-mata nak muncungkan tudung. Gigih okay ! 
  • Beli kertas keras lutsinar saiz A4 (cover buku skrap) lepas tu potong 3 bahagian. Ala-ala awning tudung lah nih sebab tak nak tudung penyet. Yang nie memang kreatif.
  • Tonyoh/Sental lilin dekat tudung. Lepas tu iron. Memang sah tudung akan muncung dan terletak dengan elok.

Cukuplah flashback zaman dahulu kala. Ada yang pernah buat dan masih buat hingga ke hari ini. Tengok tak bertapa gigihnya kita kaum wanita ? Okay, sila bangga ! Lagi bangga sebab sekarang dah takda masalah lagi nak pakai tudung bawal ke shawl ke sebab aku nak kongsi rahsia tudung dan shawl muncung tegak dan terletak elok atas kepala. Ini juga persis seperti tips (lah sangat). hehe


Hero penyelamat tudung-tudung yang ketegaq tak nak muncung tegak :)


Kiwi Kleen Fabric Starch. Ada 2 perasa (suka hati guna perkataan perasa), Lemon dan Regular. Harga murah dan sangat-sangat berbaloi weh. Dah laa murah, lepas tu tahan sampai berbulan pulak tu. Boleh beli dekat mana-mana pasaraya. Biasanya bendalah camnie tersusun dekat bahagian pencuci. Cuba cari, mesti jumpa.


Cara guna, kita cuma perlu spray dekat tudung bahagian atas kepala lepas tu gosok. Cepat, mudah dan senang ! Bila pakai tudung bawal, tudung pun terbentuk dengan elok. Lepas nih dah takda masalah tudung herot lagi :)



10 comments:

  1. nie laa yg saya carik..tp xtao ape nama...tq for information...

    ReplyDelete
  2. cc : bini2..

    sll dorang lipat2 ke atas tu kan..

    ReplyDelete
  3. Dah lama guna. Hehe.
    Tapi dah susah cari sekarang.

    ReplyDelete
  4. Akak belasah je, tp kalau pkai bawal memang elok je tegak.. shawl tak reti, konpem akan melekap je ke muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak. Miza pun tak pandai nak beli-belit ni plus tak sesuai dengan bentuk muka :)

      Delete
  5. salam kak,boleh tolong update "bahagian mana nk kene letak fabric starch kt tudung sekolah tak?"

    ReplyDelete
  6. salam kak,boleh tolong update "bahagian mana nk letak fabric starch kt tudung sekolah tak?"

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dn komen ◕‿◕




 
Copyright Diari Miza - All rights reserved.