Monday, September 30, 2013

AYAM BERKOKOK DIATAS BATANG, HISAP ROKOK PENYAKIT DATANG



 photo gambarrokok_zps94ffd2b5.jpg
Setiap sedutan membawa padah


Istilah “merokok” membawa maksud perbuatan menghisap rokok. Dewasa ini, tabiat merokok dikalangan rakyat Malaysia setiap hari semakin bertambah. Tabiat ini bukanlah satu perkara baru tetapi juga tidak harus dipandang ringan. “Ayam berkokok diatas batang, hisap rokok penyakit datang” pepatah ini sesuai diberikan kepada si perokok tak kiralah sama ada perokok tegar mahupun perokok biasa-biasa sahaja. Secara umumnya, setiap sebatang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih daripada 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan manusia dan seterusnya boleh membawa maut.


 photo gambarbahayamerokok_zpsa78a7899.jpg
“Zat” yang terkandung didalam sebatang rokok


Sebatang rokok mengandungi lebih kurang 15 jenis bahan berbahaya manakala bahan yang bertanda * ini pula merupakan penyebab utama kepada penyakit kanser. Jadi, cuba anda bayangkan berapa banyak sedutan bahan-bahan berbahaya yang disedut oleh seorang perokok setiap hari ? Masihkan anda ingin meneruskan tabiat merokok selepas mengetahui semua ini ?


 photo gambartubuhseorangperokok_zpsecaaedca.jpg
Keadaan tubuh badan seorang perokok


Setelah meneliti “zat” yang terdapat dalam sebatang rokok dan kesan sedutan asap rokok, perhatikan pula keadaan tubuh badan seorang perokok. Hampir setiap organ dalaman daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki mengalami kerosakan sama ada teruk atau tidak bergantung kepada individu perokok itu sendiri. Rokok juga turut membahayakan manusia yang terdapat disekeliling perokok.

Antara kesan asap rokok terhadap isteri perokok ialah :
● Melahirkan bayi yang kurang berat badan
● Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
● Kebarangkalian terdedah kepada kanser
● Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Antara kesan asap rokok terhadap anak perokok ialah :
● Lebih mudah mendapat lelah
● Mendapat jangkitan paru-paru
● Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
● Mudah menjadi perokok apabila dewasa 


 photo gambarpenyakitkesandaripadamerokok_zps098dfc5a.jpg
Kesan akibat daripada tabiat merokok


Antara keburukan tabiat merokok :

● Menjejaskan kesihatan diri dan keluarga
Tabiat merokok akan mendedahkan diri kita (perokok) kepada penyakit-penyakit kronik. Orang disekeliling kita juga akan terkena tempias akibat daripada perilaku si perokok. Setiap hembusan asap rokok diruang udara, sedikit sebanyak ianya turut menyumbang beberapa penyakit kronik kepada sesiapa yang menghidunya.
● Pembaziran wang
Perbelanjaan sara hidup seorang perokok akan bertambah. Hal ini kerana, perokok terpaksa berbelanja puluhan ringgit dan adakalanya mencecah ratusan ringgit semata-mata untuk membeli rokok walhal wang tersebut boleh digunakan untuk perkara-perkara yang bermanfaat ataupun disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.
● Mencemarkan alam sekitar
Tabiat merokok juga turut menjejaskan kebersihan alam sekitar. Ruang udara akan tercemar dengan hembusan asap rokok manakala perokok juga tanpa segan silu akan membuang punting rokok di merata-rata tempat. Puntung rokok yang masih berasap boleh menyebabkan kebakaran. Hal ini akan merosakkan imej negara pada pandangan pelancongan asing.


 photo gambartaknakmerokok_zps27635641.jpg
Kempen katakan TAK NAK kepada rokok


Kepada perokok,
Apa pula katan anda ? Pernahkah anda terfikir saat anda  merokok, manusia disekeliling anda berasa terganggu dan kurang senang dengan asap rokok yang anda hembuskan ? Tatkala perasaan itu hadir dalam diri mereka lalu mereka menyumpah seranah anda didalam hati akibat daripada perbuatan anda. Bayangkanlah berapa banyak “dosa” yang anda terima saat anda merokok ? Jadi, mulai daripada hari ini usah lagi membazirkan wang dan membahayakan kesihatan anda dengan menjadi perokok. Katakan TAK NAK kepada rokok !



*Entry ini diataja oleh www.eyriqazz.com






Monday, September 9, 2013

SAYA DAN SUSU



Sedar diri yang mana daripada kecil minuman pertama adalah susu. Hello, susu okay. Ini fakta yang mana susu merupakan sumber gizi utama bagi mencerna makanan dan membantu tumbesaran serta perkembangan minda. Tapi, bila meningkat remaja terus terputus hubungan dengan susu lantas beralih ke arah milo mahupun minuman bercoklat. Tak faham kenapa jadi camni -___-


Sebelum ini, saya pernah memaksa diri secara halus untuk cubaan meminum susu, bagi menyahut seruan kempen-kempen susu sedunia yang menggesa masyarakat supaya minum susu, malangnya keputusan yang diperolehi amat mendukacitakan. Kasihan diri sendiri sebab kebarangkalian kekurangan kalsium didalam badan dan terdedah dengan kerapuhan tulang adalah sangat tinggi. *sigh*


Ayuh, lakukan sesuatu supaya kekal sihat, kuatkan tulang, cergas dan bertenaga ...



  • Cubaan Pertama : Susu Anlene
Bau pun sudah meloyakan. Orang tak suka susu memang camni ek ? Okay, harapan untuk menghirup buat yang ketiga kalinya adalah sangat tipis. Simptom untuk muntah sangat ketara. Jadi, baik hentikan. Final result, failed !




  • Cubaan Kedua : Susu Dutch Lady Low Fat High Calcium Milk dan Chocolate Flavoured Milk
Rasa yang semacam dan tahu nak describe macam mana rasanya. Eyyy, kau dah kenapa Miza oiii ? Senang cerita, tak berapa kena dengan selera tunas rasa (taste buds) lidah saya walaupun ianya berperisa coklat. Mengada sangat tauuu. Mencik !




  • Cubaan Ketiga : Susu Nespray
Thumb ups ! Tak perlu diperjelaskan lagi sebab dah boleh telan susu dengan sendirinya. Akhirnyaaa, dah boleh tepuk-tepuk tangan tanda bangga dengan diri sendiri sebab berjaya melalui fasa-fasa ketidaklaluan terhadap susu yang teramat sangat.



Yeayyy, persepsi terhadap susu sudah berubah. Sebagai permulaan, kasi tekak sebati dulu dengan air susu Nespray, bila dah okay baru minum susu Anlene. Dulu tengok susu rasa macam "ewww" tapi sekarang bila terpandangkan susu (Nespray sajalah) terus rasa "eh, hari ni dah minum susu ke belum ?" LOL






Wednesday, September 4, 2013

CINTA PERTAMA



 photo gambarloveandroses_zpsf1c49688.jpg


CINTA. Apa itu cinta ? Cinta bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada manusia, kebebasan, negara dan sebagainya. Cinta juga membawa maksud perasaan atau berperasaan sangat berahi, asyik, kasih dan sayang diantara lelaki dan perempuan. Bercakap soala cinta, saya pasti setiap manusia pernah merasainya termasuk diri saya sendiri.

"First Date is Awkward,
First Kiss is Heaven,
First Love is Irreplaceable,
First Heartbreak is Unforgettable"

 photo Hearts-love-31153538-1440-900_zps4861626f.jpg


Pada pandangan saya, cinta pertama umpama cinta monyet. Cinta pertama sampai bila-bila pun, tetap menjadi yang pertama. Kata orang, cinta pertama memberikan impak yang besar dalam kehidupan setiap orang yang merasainya. Pada dasarnya, cinta pertama memang sukar dilupakan kerana ianya merupakan pengalaman pertama dan pengajaran dalam sebuah percintaan.


Cinta pertama merupakan saat pertama kali kita merasa perasaan mencintai, menyayangi dan merindui seseorang. Melalui cinta pertama juga, setiap insan akan belajar untuk memberi, menerima dan mamahami. Proses pembelajaran bagi kedua-dua belah pihak semasa melayari dunia percintaan. Tidak dinafikan bahawa cinta pertama sememangnya indah dan mengasyikkan.


 photo gambarloveboyandgirls_zps899e2ff4.jpg


Sekiranya ditakdirkan gagal pada cinta pertama, jadikan ia sebagai satu sejarah dan pengajaran untuk tidak mengulanginya pada cinta kedua. Cinta kedua juga akan menjadi manis dan hebat sekiranya kita sentiasa memperbaiki setiap kelemahan hasil daripada pengajaran cinta pertama. Cinta pertama memang sukar dilupakan, belajarlah daripada pengalaman untuk menjadi seorang kuat dan tabah.


Apa yang perlu kita ketahui, tanpa cinta pertama, kita tidak akan berpeluang merasai cinta kedua. Untunglah bagi mereka yang sememangnya ditakdirkan berkahwin dengan cinta pertama. Bukan semua orang berpeluang kembali kepada cinta pertama dan sekiranya berlaku ianya mungkin satu kebetulan ataupun selayaknya dipanggil "jodoh". Jodoh itu kan rahsia Allah J


Cinta pertama cinta separuh mati,
Sememangnya tak kusangka tak kuduga,
Andai ini suratan dan ketentuan ilahi,
Cinta kedua biarlah kekal hingga ke syurga



*Entry ini ditaja oleh www.eyriqazz.com.






Tuesday, September 3, 2013

KENAPA DIARI MIZA ?



Sebab apa, kenapa dan mengapa "Diari Miza" yang dipilih ?




Diari menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga halaman 303 (guna ayat karangan fakta supaya nampak serious untuk mentafsirkannya), bermaksud buku yang mengandungi rakaman harian tentang pengalaman atau pemerhatian peribadi. Miza pulak ialah singkatan namaku. Apabila kedua-dua perkataan tersebut digabungkan akhirnya terciptalah "DIARI MIZA". Heyyy, susunan ayat macam nak buat karangan ler pulok.


Masa kecik suka sangat menulis. Kononnya nak express something yang kita rasa lepas tu tak nak bagitau orang lain. Hampir 90% benda yang ditulis adalah hal privasi. Buku latihan sekolah selalu jadi mangsa tapi tetap rasa unsafe. Walaupun tidak dilatih macam mana untuk menulis diari tapi bila otak saling berhubungan antara satu sama lain, beli pulak buku cecomel berkunci bagai sebab nak avoid orang lain baca apa yang ditulis. Haa, nampak tak ?


Motif wujudnya blog "Diari Miza" sebab nak rekodkan apa yang berlaku dalam kamus hidup aku. Nak harapkan ingatan di kotak fikiran, bukan semua benda kita boleh ingat secara terperinci. Mungkin takda benda yang menarik pun, sekurang-kurangnya sebagai kenangan pada masa akan datang. Umur panjang, boleh baca semua tu. InsyaAllah.


Kategori blog pulak ialah personal, so sedikit bebas nak tulis apapun yang aku suka asalkan tidak menganggu atau melibatkan mana-mana pihak. Tak kisahlah orang nak baca atau tak yang penting aku akan tetap menulis. Blog aku perihal aku. Yer dokkk ? hehe






Sunday, September 1, 2013

CORNFLAKES BERSALUT COKLAT



Bercakap pasal biskut raya, aku paling suka cornflakes madu dan lagi satu cornflakes bersalut coklat. Sebab terlampau senang nak dibuat dan paling laris dan paling cepat habis. Kemain banyak betul "paling"nya. HAHA. Lagi satu saya tak berapa gemar benda yang rumit, so bila mak siapkan task untuk buat biskut raya, cornflakes bersalut coklat wajib ada dalam list. mihmihmih.


Apa yang kita perlukan :

  • Cornflakes
  • Coklat Masakan
  • Manik Urai / Mixed Colour Strands
  • Paper Cup
  • Minyak Masak *optional*




1. Patah-patahkan cornflakes dan goreng menggunakan api yang sederhana. Ini adalah tips (lah sangat) supaya cornflakes tu akan rangup bila dikunyah.

2. Cairkan (jangan terlampau cair) coklat masakkan dan tambah sedikit minyak masak untuk kelihatan berkilat. Saya guna teknik double boiler. Terpulang nak guna teknik atau cara yang macam mana, asalkan coklat tu cair. Faham ?

3. Kemudian, tuangkan cairan coklat tadi ke atas cornflakes yang telah digoreng dan gaul hingga rata. Gaul dan gaul cairan cairan coklat meresap menutupi setiap permukaan kepingan cornflakes.

4. Sudukan adunan cornflakes ke dalam paper cup dan hiaskan dengan taburan manik urai (mixed colour strands) diatasnya.

5. Akhir sekali, seju/bekukan didalam peti ais. Setengah jam atau sejam pun dah memadai. Kemudian susun molek-molek didalam bekas kedap udara.




Siap dah cornflakes bersalut coklat yang simple mudah dan senang. Salah satu biskut raya yang mendapat tempat setiap tekak manusia. Terlampau senang untuk dibuat. Malam raya pun boleh buat. Menangislah kalau tak tahu nak buat. Lagi satu, jimat kos. LOL :D






 
Copyright Diari Miza - All rights reserved.