Wednesday, July 31, 2013

POPIA GORENG RANGUP DAN ENAK



Memandangkan sekarang masih dibulan Ramadhan yang mulia, jangan dipersia mood rajin yang tengah aktif. Selalu beli popia mesti tak pernah puas hati sebab inti hanya sebatang taugeh dan sedikit ramuan yang lain. Serious tak puas hati weh. *hentak-hentak kaki* Dan disebabkan nak tunjuk tanda protes punya pasal, aku buat popia sendiri weh. Sedap tak sedap belakang kira (mesti sedap), yang penting puas hati bila makan. Setuju ?



Apa yang kita perlukan untuk menghasilkan inti popia :
  • Sebiji sengkuang diparut
  • 2 biji carrot diparut
  • 2 biji bawang merah dihiris/dirincik halus
  • Sedikit udang kecil (ikut suka hati nak letak banyak mana)
  • Garam secukup rasa

Tumis bawang merah bersama-sama dengan udang dan masak hingga kekuningan. Lepas tu masukkan carrot dan masak sekejap. Kemudian masukkan sengkuang yang telah diparut dan tambahkan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati. Anggaran masa aku masak inti popia lebih kurang 8 - 10 minit. Sekejap pun dah memadai.



Inti popia dah siap so, kita proceed ke step yang seterusnya. Nama pun popia goreng, for sure mesti ada kulit popia. Untuk kulit popia macam-macam jenis brand ada, kau decide lah sendiri nak guna brand apa. Sebelum nak balut/bungkus popia, make sure siap sedia dengan gam untuk lekatkan kulit popia supaya tak terburai intinya. Bahan untuk buat gam kulit popia ialah, sedikit tepung gandum dan sedikit air. Gaul hingga sebati, jangan cair sangat okay nanti tak melekat pulok.



Ambil sekeping kulit popia lepas tu masukkan intinya bebanyak biar gemuk (jangan kedekut) kemudian balut sekemas yang boleh. Abaikan cara balutan popia-popia aku tu. Sesungguhnya daku bukanlah berjari seni, ini saja yang kumampu. Asal bolehhh ! Iyer dok ? LOL. Bila dah siap balut, goreng didalam minyak yang betul-betul panas. Tak payah lelama pun, dah nampak kuning keperang-perangan tu, kau boleh angkat dah toskan. Faham ???


Gigih bersalad bagai. hikhik :D

Yeayyy, dah siap dah popia goreng itew. Dapatlah 28 biji untuk ditelan. Jumlah popia yang kau dapat tu bergantung kepada banyak mana inti popia yang kau hasilkan. Popia goreng boleh dimakan bergitu saja atau nak kan ke-best-annya boleh cicah sos cili dan moyonis. Hidangkan sekali bersama-sama teh o panas lagi bertambah asyik. Wallaaa ~ 



Maklumat Tambahan :
Inti popia tu kalau nak sedap lagi, boleh tambah daun sup. Masa aku buat popia ni, kebetulan daun sup dah habis, biasanya aku letak daun sup. Wangi dan sedap. Cubalah ;)






Tuesday, July 30, 2013

PEREMPUAN DAN SIMPTOM PENDARAHAN BERSKALA



Setiap bulan perempuan akan mengalami pendarahan berskala. Saya juga ! Senang cerita datang bulan/haid period, ataupun menstrual cycle. Majoriti perempuan akan alami perubahan emosi secara tetiba. Did you notice that ? Heyyy, janganlah memarah kami, wahai kaum lelaki. Tiada siapa yang mengerti (cuba fahami) "pertarungan" ini. Perkara normal yang akan dialami oleh setiap perempuan. 


Ekspresi mood sebelum menjelangnya pendarahan berskala :)


  • NAFSU MAKAN YANG SUKAR DIKAWAL
Bukan hanya perempuan mengandung saja mengidam nak makan macam-macam benda, perempuan nak period pun lebih kurang sama nafsu makannya seperti perempuan mengandung. Sebabkan nafsu atau hormon punya pasal, kadang-kadang portion makanan tu dah gaya untuk dua orang makan. Sekejap rasa nak makan itu dan sekejap rasa nak makan ini. Senang cerita, semua benda rasa nak makan walhal makan tak banyak mana pun.


  • MUDAH BERUBAH SIKAP, PERANGAI DAN MOOD
Emosi huru-hara. Perasan tak, kadang-kadang perempuan moody lepas tu marah-marah dekat semua orang walhal bukannya ada salah apa pun. Alasan yang jelas, marah tanpa sebab. Jangan pelik, bila perempuan yang ceria bertukar moody dengan tetiba. Ini mungkin juga disebabkan perubahan hormon yang berlaku. Kadang-kadang perempuan tak tahu pun apa sebenarnya punca yang membuatkan mereka nak marah, mengamuk atau moody.


  • TAHAP SENSITIF YANG MELAMPAU
Perempuan memang terkenal dengan jolokan ratu air mata. Tak hairanlah air mata akan mengalir dengan tetiba walaupun ianya hanya sebuah gurauan bodoh. Fasa nak datang bulan, sesetengah perempuan tak boleh terima hakikat gurauan rakan sekeliling. Masa ni hati perempuan diibaratkan senipis kulit bawang. Silap sikit, sentap dan menangis. Kadang-kadang benda kecil atau remeh-temeh pun boleh buat gaduh. Betul tak ?


  • DAHAGAKAN PERHATIAN
Perempuan yang tak manja pun sekelip mata berubah menjadi manja yang amat sangat seperti anak kucing parsi menyendeng di kaki minta dibelai. Sebenarnya perempuan inginkan perhatian. Bukan perhatian seperti peminat menjerit-jerit pabila ternampak artis kesayangan, tetapi perhatian daripada insan tersayang. Layankan sajalah apa yang diceritakan walaupun sesuatu perkara tu persis budak kecik punya cerita.



Horror tak simptom-simptom camnie ? Saya juga alaminya. hehe. Kepada kaum lelaki, silalah bersabar dalam melayani kerenah kaum perempuan. Belajarlah memahami keadaan perempuan disaat mereka nak datang bulan/period. Secara tak langsung ini sebagai perkara basic sebelum melayan kerenah perempuan mengandung apabila berkahwin satu hari nanti. *eh tetiba*






Monday, July 29, 2013

KUIH BUAH MELAKA



Beberapa tahun terdahulu (eh, lamanya) tiap kali Ramadhan datang bertandang, arwah tok memang rajin buat kuih buah melaka. Bulan-bulan biasa memang tak merasalah kuih buah melaka air tangan tok. Memandangkan aku dibesarkan oleh arwah tok, wajiblah menyibuk di ceruk dapur tengok tok memasak, walaupun masa tue aku baru 7 tahun. 


Daripada kecik lagi memang aku suka sangat makan buah melaka. Memang wajib (guna perkataan ini untuk menunjukkan bertapa seriousnya aku) sangatlah tahu benda apa yang patut guna untuk buah kuih buah melaka atau nama lainnya, Onde-Onde. Rugilah kalau dipersiakan apa yang telah diamati (lagi sekali untuk nampak lebih serious) sewaktu kecil. LOL


Okay, dah. Meh laa kita belajar cemana nak buat kuih buah melaka ni ...



Apa yang kita perlukan ialah :

  • Beras pulut ikut citarasa memasing nak guna brand apa pun asalkan namanya "tepung pulut". Faham ???
  • Gula gerek/melaka dipotong dadu. Tak terlampau kecik dan tak jugak terlampau besar. Aku guna seketul pun dah cukup.
  • DIY jus pandan. Nak guna pewarna pun boleh tapi aku lagi suka guna jus pandan sebab wangiii sangat dan tampak original warnanya. 
  • Kelapa parut untuk final touch up. Jangan lupa masukkan sedikit garam ke dalam isi kandungan kelapa parut itu. 

1. Masukkan 2 cawan (atau lebih) tepung pulut dan jus pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan dan uli hingga sebati sepeti doh. Bentukkan bulat-bulat macam bebola ikan lepas tue masukkan ketulan dadu gula gerek/melaka kedalamnya. Bulatkan kembali dan ulang perkara yang sama hingga kau punya adunan tue habis.



2. Didihkan air didalam periuk lepas tue masukkan bebola kuih melaka yang dibulatkan tadi ke dalamnya. Cemana nak tau ketulan kuih buah melaka dah masak ? Kau tunggu dia timbul tue maknanya dah masak letew. Angkat dan toskan air rebusan tersebut.

3. Step terakhir, gaulkan bebola kuih melaka dengan taburan kelapa parut. Gaul dan gaul lagi. Biar kelapa parut memenuhi keliling bebola kuih melaka.



4. Okay, siap. Dah boleh makan. Bila tengok kuih buah melaka bergelimpangan macam ni, terus teringat arwah tok :'( sobsobsob ... Nikmati setiap cairan gula gerek/melaka didalam mulut sebelum tertelan ke halkum. Sangat senang untuk buat bendalah ni dan yang penting tak guna banyak bahan pun. Dah laa, nak sambung telan buah melaka. Selamat mencuba :)



Maklumat Tambahan :
Tiada had sukatan yang terperinci. Sendirian berhad punya sukatan. Aplikasikan hipotesis yang telah dipelajari "semakin bertambah sukatan doh kuih buah melaka, semakin bertambah jumlah kuih buah melaka yang diperolehi"






Sunday, July 28, 2013

KAD UCAPAN HARI RAYA ZAMAN SEKOLAH



Sebab Syawal makin hampir, aktiviti mengemas akan berkuatkuasa tidak lama lagi. Sebagai langkah berjaga-jaga, inisiatif pertama yang diambil ialah menyusun atur buku-buku di rak. Tahu, tiada seorang pun tetamu akan menapak ke arah rak buku tapi akur dengan perintah big bos (mak abah) untuk mengemas. Khusyuk menelaah buku-buku di rak mana yang tak mahu (pilih jangan tak pilih), akan dilelong ke van surat khabar lama, tetiba jumpa ini ...


Eh, koleksi kad raya yang masih aku simpan.


Lantas terus terkenangkan memori tika berutus/exchange kad raya. Zaman guna Nokia 3310 walaupun dianggap canggih ketika itu, kad raya tetap juara ! Awal puasa sibuk mencari kad raya yang pelbagai design, kecik besar, murah mahal semuanya pilihan ditangan masing-masing. Part paling "cool" bila tulis ucapan hari raya mesti panjang-panjang lepas tu selitkan juga pantun "pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas". Motif ??? Nak lawan siapa paling banyak dapat kad raya. Cisss, tak malu -_______-"


Mengaji quran sama-sama, kawan se-tadika, sekolah rendah dan menengah pun sama jugak. Sekarang dah jadik isteri orang. Tahniah sahabatku !



Karakter gila-gila habisss, bila tulis kad raya pun nak gila-gila jugak. Faiz oh Faiz :D



"Kami harap hubungan kita akan menjadi lebih rapat walaupun berlainan kelas" Lama tak contact sejak tamat sekolah ;)


Nostalgianya semua ini. Bertambah seronok dan meriah jikalau zaman sekarang masih dikekalkan sebegini ...


"Antara kita dah selalu sangat berSMS,
Pagi, petang, siang dan malam,
Pendek kata, tak kira waktu tak kira masa,
Oleh itu,
Sempena hari baik, bulan baik ini,
Nah ! Sekeping kad ucapan hari raya agar terasa keistimewaan hari yang mulia ini.."


p/s : Rindunya nak terima kad raya. Anyone ???






Saturday, July 27, 2013

RINDU YANG TAK SUDAH



Assalamualaikum. Hai.




Kamu mungkin buat pertama kalinya tersesat disini ...
Atau mungkin juga pencari maklumat tapi dibawa ke ruang kosong ini ...
Mungkin ada yang mengenali tetapi ingat-ingat lupa ...
Mana mungkin seberapa banyak "mungkin" yang menjadi persoalan ...
Tidak mengapa, inilah aku yang mana kamu pernah kenal satu ketika dulu ...
Logiknya, kebarangkaliannya persoalan yang bermain dalam kotak fikiran kamu, kamu dan kamu semua mungkin juga seperti ini :

  • "ek elehhh, budak nie buat blog baru lagi ?"
  • "berapa banyak blog yang kau ada ?"

Sekembalinya aku menulis disini, biar aku perjelaskan mana-mana yang menjadi tanda tanya :

"maaf kerana tidak endah, blog lama kusampahkan"
"maaf bukan untuk bermadah, niat asal ingin kuperbetulkan"
"maaf datang menjengah, konteks perubahan cuba kulakukan"
"dek kerana rindu yang tak sudah, blog baru aku hadiahkan"


Ahh, aku persetankan itu semua ...
Pedulikan apa kata orang ...
Aku kembali bukan atas dasar paksaan siapa-siapa ...
Hakikatnya perasaan rindu itu sangat indah ...
Aku tewas dengan perasaan sendiri ...
"I really want to start all over again" desis hati kecilku ...
Mungkin jalan cerita kita berbeza, tetapi inilah aku dengan kisahku ...






 
Copyright Diari Miza - All rights reserved.