Monday, July 29, 2013

KUIH BUAH MELAKA



Beberapa tahun terdahulu (eh, lamanya) tiap kali Ramadhan datang bertandang, arwah tok memang rajin buat kuih buah melaka. Bulan-bulan biasa memang tak merasalah kuih buah melaka air tangan tok. Memandangkan aku dibesarkan oleh arwah tok, wajiblah menyibuk di ceruk dapur tengok tok memasak, walaupun masa tue aku baru 7 tahun. 


Daripada kecik lagi memang aku suka sangat makan buah melaka. Memang wajib (guna perkataan ini untuk menunjukkan bertapa seriousnya aku) sangatlah tahu benda apa yang patut guna untuk buah kuih buah melaka atau nama lainnya, Onde-Onde. Rugilah kalau dipersiakan apa yang telah diamati (lagi sekali untuk nampak lebih serious) sewaktu kecil. LOL


Okay, dah. Meh laa kita belajar cemana nak buat kuih buah melaka ni ...



Apa yang kita perlukan ialah :

  • Beras pulut ikut citarasa memasing nak guna brand apa pun asalkan namanya "tepung pulut". Faham ???
  • Gula gerek/melaka dipotong dadu. Tak terlampau kecik dan tak jugak terlampau besar. Aku guna seketul pun dah cukup.
  • DIY jus pandan. Nak guna pewarna pun boleh tapi aku lagi suka guna jus pandan sebab wangiii sangat dan tampak original warnanya. 
  • Kelapa parut untuk final touch up. Jangan lupa masukkan sedikit garam ke dalam isi kandungan kelapa parut itu. 

1. Masukkan 2 cawan (atau lebih) tepung pulut dan jus pandan sedikit demi sedikit. Gaulkan dan uli hingga sebati sepeti doh. Bentukkan bulat-bulat macam bebola ikan lepas tue masukkan ketulan dadu gula gerek/melaka kedalamnya. Bulatkan kembali dan ulang perkara yang sama hingga kau punya adunan tue habis.



2. Didihkan air didalam periuk lepas tue masukkan bebola kuih melaka yang dibulatkan tadi ke dalamnya. Cemana nak tau ketulan kuih buah melaka dah masak ? Kau tunggu dia timbul tue maknanya dah masak letew. Angkat dan toskan air rebusan tersebut.

3. Step terakhir, gaulkan bebola kuih melaka dengan taburan kelapa parut. Gaul dan gaul lagi. Biar kelapa parut memenuhi keliling bebola kuih melaka.



4. Okay, siap. Dah boleh makan. Bila tengok kuih buah melaka bergelimpangan macam ni, terus teringat arwah tok :'( sobsobsob ... Nikmati setiap cairan gula gerek/melaka didalam mulut sebelum tertelan ke halkum. Sangat senang untuk buat bendalah ni dan yang penting tak guna banyak bahan pun. Dah laa, nak sambung telan buah melaka. Selamat mencuba :)



Maklumat Tambahan :
Tiada had sukatan yang terperinci. Sendirian berhad punya sukatan. Aplikasikan hipotesis yang telah dipelajari "semakin bertambah sukatan doh kuih buah melaka, semakin bertambah jumlah kuih buah melaka yang diperolehi"



10 comments:

  1. bulan pose ni saja jijah dah buat 3x buah melaka ni.. lg satu jijah suka tambah keledek.. mmg betul2 kenyal tepung tu tau! try lah..

    ReplyDelete
  2. Kuih onde-onde ni kena baik-baik sikit makannya. Kalau tersilap gigit boleh menyembur dia punya gula melaka.

    ReplyDelete
  3. aduhh terliur tengok gambar dia atas .. nyum nyum pandai buat ..suka kuih nie

    ReplyDelete
  4. Inilah kuih peberet akak jugak..
    Bulan posa ni nak sangat makan, tp nak membuat tu malas walhal senang je kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, selalu beli tak puas hati sebab sikit sangat. Buat sendiri baru puas hati. hehe :)

      Delete

Terima kasih sudi baca dn komen ◕‿◕




 
Copyright Diari Miza - All rights reserved.