Sunday, July 28, 2013

KAD UCAPAN HARI RAYA ZAMAN SEKOLAH



Sebab Syawal makin hampir, aktiviti mengemas akan berkuatkuasa tidak lama lagi. Sebagai langkah berjaga-jaga, inisiatif pertama yang diambil ialah menyusun atur buku-buku di rak. Tahu, tiada seorang pun tetamu akan menapak ke arah rak buku tapi akur dengan perintah big bos (mak abah) untuk mengemas. Khusyuk menelaah buku-buku di rak mana yang tak mahu (pilih jangan tak pilih), akan dilelong ke van surat khabar lama, tetiba jumpa ini ...


Eh, koleksi kad raya yang masih aku simpan.


Lantas terus terkenangkan memori tika berutus/exchange kad raya. Zaman guna Nokia 3310 walaupun dianggap canggih ketika itu, kad raya tetap juara ! Awal puasa sibuk mencari kad raya yang pelbagai design, kecik besar, murah mahal semuanya pilihan ditangan masing-masing. Part paling "cool" bila tulis ucapan hari raya mesti panjang-panjang lepas tu selitkan juga pantun "pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas". Motif ??? Nak lawan siapa paling banyak dapat kad raya. Cisss, tak malu -_______-"


Mengaji quran sama-sama, kawan se-tadika, sekolah rendah dan menengah pun sama jugak. Sekarang dah jadik isteri orang. Tahniah sahabatku !



Karakter gila-gila habisss, bila tulis kad raya pun nak gila-gila jugak. Faiz oh Faiz :D



"Kami harap hubungan kita akan menjadi lebih rapat walaupun berlainan kelas" Lama tak contact sejak tamat sekolah ;)


Nostalgianya semua ini. Bertambah seronok dan meriah jikalau zaman sekarang masih dikekalkan sebegini ...


"Antara kita dah selalu sangat berSMS,
Pagi, petang, siang dan malam,
Pendek kata, tak kira waktu tak kira masa,
Oleh itu,
Sempena hari baik, bulan baik ini,
Nah ! Sekeping kad ucapan hari raya agar terasa keistimewaan hari yang mulia ini.."


p/s : Rindunya nak terima kad raya. Anyone ???



8 comments:

  1. mmg rindu bila igtkan kembali zaman kad raya ni..huhu..
    skg dah susah org nk pos2 kad ni..semuanya sms aje,...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue. Dunia makin maju jadi kita semua just follow the flow ;)

      Delete
  2. Tradisi lama masih ada nilai sentimental

    ReplyDelete
  3. huhu dulu bukan main lagi kawan2 hantar kad raya bestnye siap gantung dekt dinding rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah takda lagi semua tu. SMS je. Cepattt.

      Delete
  4. sejak menja zaman dah canggih ni, jarang dah dapat kad raya

    ReplyDelete

Terima kasih sudi baca dn komen ◕‿◕




 
Copyright Diari Miza - All rights reserved.