Thursday, August 29, 2013

RINGKASAN LEBARAN HARI RAYA 2013



Syawal masih berbaki, rasanya masih belum terlambat nak wish Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang merayakannya. Situasi raya tahun ni haruslah diselang seli kan dengan situasi masam dan manis. Kata orang, barulah seimbang. Jadi secara ringkasnya susunannya aktiviti raya saya harus dimulakan dengan yang manis dan yang masam dikemudiankan.



Yang manisnya :

#1. Alhamdulillah, berjaya puasa penuh buat pertama kalinya sejak meningkat dewasa. Tahun ni tak payah fikir nak ganti puasa. Syukur :) 

#2. Buat pertama kalinya beraya tanpa ketat perut. Entah apa yang dimakan langsung tak rasa mengah apatah lagi perut bbertingkat-tingkat. Serious tak percaya adakah ini diriku ? Tahniah nafsu makan sebab tak tamak untuk mencekik. HAHA

#3. Raya ketiga, sepakat dengan mak untuk masak mee kari, alhamdulillah menjadi. Memang berani mati untuk jamu orang makan "my first time homemade mee kari". Ramai puji katanya sedap ! Next time boleh buat lagi. mihmihmih

#4. Hasil tangkapan duit raya tahun ini berjumlah RM 315. Terima kasih daun keladi, tahun depan bolehlah hulur lagi :)


Yang masamnya :

#1. Tak bestnya beraya pabila mood pada hari raya pertama telah di spoil kan dengan benda-benda yang macam erghhh ... Hoiii, tak boleh tunggu hari lain ke ? 1 Syawal jugak yang kau pilih kannn -________-

#2. Soalan-soalan yang sememangnya si penyoal dah tahu apa jawapannya tapi masih lagi hendak ditanyakan. Apakah ianya sengaja atau tiada berniat apa-apa ??? Rasa seperti mahu  saja direkodkan segala jawapan dan bila ditanya tekan saja button "PLAY".

#3. First time rasa raya tahun ni tak semeriah tahun-tahun yang sebelumnya. Adakah mungkin disebabkan faktor telah meningkat dewasa dan kemeriahannya semakin berkurangan ? Sedihnya :'(

Kuning berdaulat. mihmihmih


Hanya entry kontot yang mampu disajikan. Nama pun ringkasan (refer tajuk). Minta maaf bebanyak andai pernah menyakiti hati sesiapa secara tidak sengaja mahupun sengaja, tertouching kat mana-mana dan termengumpat tanpa sedar. Maafkan daku please. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.






Sunday, August 25, 2013

CORNFLAKES MADU



Honey Cornflakes ! Musim raya bila mana berkunjung ke rumah-rumah untuk beraya ataupun open house, confirm cornflakes madu mendapat tempat didalam setiap balang biskut raya. Haa, perasan ke tidak ?


Cornflakes madu jugalah yang sentiasa laris macam pisang goreng. Sebab sedap sangat dan tak sanggup (padahal malu) nak habiskan cornflakes madu di rumah orang, jadi mari kita buat sendiri. Tak susah pun, bagi aku inilah biskut raya yang paling senang sekali nak dibuat. Serious tak tipu ! Jangan tunggu lagi, ayuh mulakan :)


Apa yang kita perlukan :

  • Cornflakes
  • Madu
  • Buttercup
  • Manik Urai (Mixed Colour Strands)
  • Paper Cup



1.  Ramaskan atau patah-patahkan cornflakes dan goreng menggunkan api yang sederhana. Anggaran masa lebih kurang 5 minit dan ketepikan. 

2. Cairkan 1/2 buttercup dengan menggunakan api yang sederhana. Kemudian masukkan madu dan gaul hingga sebati. Jika inginkan efek yang lebih manis boleh tambahkan sedikit gula kastor ataupun susu pekat manis. 

3. Kemudian, tuangkan bancuhan buttercup dan madu tadi ke atas cornflakes dan gaul rata.

4. Sudukan adunan tadi ke dalam paper cup. Ulang kaedah yang sama sampai habis adunan tersebut.

5. Tabur manik urai (mixed colour strands) sebagai hiasan. Boleh juga digantikan dengan ceri ataupun kismis. Aku lagi suka guna manik warna-warni baru nampak berselera nak makan :)

6. Akhir sekali, bakar didalam ketuhar lebih kurang 5 atau 6 minit. Tak payah lelama pun.


Siap sedia untuk dikunyah nyum nyum.


Laa, camni punya senang ? Resipi conrflakes madu yang simple, mudah dan senang. Percayalah bebudak tadika pun boleh buat. Malu weh, kalau kita yang besar-besar ni pun tak pandai buat. HAHA. Selamat mencuba :)






Wednesday, August 7, 2013

ROTI GULUNG JEJARI KETAM BERKEJU



Keju oh keju. Siapa tak suka keju ? Seorang perempuan yang bernama Miza Yusof, apa saja makanan yang bertemakan keju bagi aku semuanya sedap. *keputusan muktamad* Hari tu buat roti gulung sosej, kali ni buat roti gulung jejari ketam berkeju pulak. *Ketap bibir* Sebab terbayang cairan keju didalam mula. Melting weh. LOL :D



Apa yang kita perlukan :

  • Roti Gardenia atau apa-apa saja jenama roti kesukaan.
  • Jejari Ketam/Crab Finger/Crab Sticks
  • Cheese. Sepatutnya guna cheese yang keping-keping tu, tapi aku guna Mozarella Cheese.
  • Sebiji telur dan ambil putihnya sahaja. Yang kuning ketepikan.

1. Rebus/Celur jejari ketam didalam air yang mendidih. Tak payah lelama. Angkat dan toskan air rebusan.

2. Lenyekkan kepingan roti menggunakan rolling pin, lenyek biar sehabis nipis yang boleh. Kulit tepi roti tu ikut citarasa memasing lah kan nak buang ataupun tak.



3. Bentangkan (ini pun boleh) roti dan letakkan kepingan jejari ketam bersama-sama sedikit/sebanyak cheese yang kau mahu. Untuk cheese yang keping tu, letak sekeping dah cukup. Jika inginkan efek yang pedas, boleh tambahkan sedikit lada (optional). Lepas tu, bungkus/balut/gulungkan roti tersebut biar nampak kemas. Masa ni lah nak tunjuk kehebatan tangan seni yang dimiliki. Penghujung gulungan tersebut, gamkan dengan putih telur. Yaa, putih telur bertindak sebagai gam dalam episod masak-masak kali ini. Ulang langkah yang sama untuk roti yang seterusnya.



4. Bila roti dah siap digulungkan, ambil sebiji telur dan pukul sedikit. Tak payah terlalu kembang. Celupkan gulungan roti tersebut ke dalam telur, kemudian campakkan ke dalam taburan breadcumbs (serbuk roti). Balik-balikkan hingga breadcumbs memenuhi segenap pelusuk roti. Okay, siap.

5. Kemudian, gorengkan roti-roti gulung itu tadi didalam kuali dan pastikan minyak betul-betul panas. Gunakan api yang sederhana. Tak payah lelama, kejap pun dah okay. Angkat dan toskan. Sila beri sepenuh pehatian dan tumpuan semasa menggoreng. Percayalah, kalau kau tak nak roti kau rentung. *ketegasan maksima*



6. Dah siap, boleh dimakan camtu saja ataupun cicah dengan sos kegemaran. Aku suka cicah dengans sos cili, mayonis ataupun sos thousand island, memang best weh. Salah satu resipi yang aku rasa sangat mudah dan paling senang nak buat. Epiknya bergantung kepada tahap kerajiran memasing lah kan. 



Maklumat Tambahan :
Siapa hantu cheese, better jangan guna cheese tabur sebab dia tak berapa nak melting sangat. Sepaket jejari ketam ada 16 keping, aku guna 8 keping sahaja. So, dapatlah 8 keping roti gulung jejari ketam yang rangup dan sedap. Selamat mencuba ;)






Tuesday, August 6, 2013

BAJU READY MADE ATAU BAJU TEMPAH ?



Yang mana satu jadi pilihan ?


Kau kalau tanya aku. lelaju kujawab baju tempah menjadi pilih. Sebabnya, keselesaan sewaktu memakai yang paling diutamakan. Lagi satu, tailor kan ukur setiap inci ukuran dibadan kita. Boleh pilih, nak ketat ke longgar ke. Tak semua baju ready made ngam-ngam dengan bentuk tubuh kita. Pernah beli baju ready made pakainya hanya sekali saja. Pengakhirannya terperuk dalam almari baju. Lepas tu serba-serbi nak dikomennya, which is ;

  • "awat besaq sangat nie ?"
  • "alaaa, bahagian lengan pulak singkat/senteng"
  • "jahitan dia tak best laa, tak selesa"

Baju ready made designnya semua tiptop dan memang ada yang berkenan pun, tapi itulah dah namanya manusia ada saja benda yang tak kena. Bila mak ajak pergi beli baju ready made, sepatutnya zahirkan kegembiraan yang melampau tapi sebaliknya pulak yang berlaku. Mengada sangat tau -____- Rasa macam dan boleh predict situasi macam mana akan ditempuhi. Haa, lebih kurang camni lah ;

  • "dik, colour ni dah habis. Colour yang ini boleh ?"
  • "saiz ** dah habis, kalau pattern camni saiz yang adik nak tu ada laa"
  • "tinggal yang ni saja"

Selamat Hari Raya *tetiba*


Untunglah waktu kecil, mak selalu tempahkan baju untuk anak-anaknya. Baju kurung mesti/wajib ada poket sebab senang nak masukkan duit raya bebanyak. Bukan setakat duit raya, coklat/gula-gula pun ikut serta sebab ini pemberian tuan rumah sewaktu beraya. Standard zaman bebudak satu ketika dahulu. Rindunyaaa *eh, tetiba* Comel sangat sampai senget-senget bahu. LOL :D


Bila sudah meningkat remaja, kemain eksyen baju raya nak ada span dibahu sebab tak nak kelihatan gelebeh, keputusan muktamad tak nak ada poket sebab nampak budak-budak (bajet dah besar letew) sangat. Lagi satu bila kreatif sangat, siap mintak tailor jahitkan ikut design (lah sangat) sendiri. Amboiii kau Miza ... Dan perkara tentang pemilihan baju inilah yang dibawa-bawa hingga ke hari ini, beli kain lepas tu hantar tempah ;)






Monday, August 5, 2013

MURTABAK MEE SEGERA MAGGI



Asyik makan murtabak ayam murtabak dan murtabak daging (my favorite), let's try murtabak Maggi pulak. Biarpun dah berzaman, it's okay better late than never. Resipi yang senang, wajib dicuba. Istilah malas tolak tepi sekejap, isian perut menjadi keutamaan. Tunggu apa lagi, mari cuba. Sebab ia memang ringkas dan senang. 




Apa yang kita perlukan :

  • 4 biji telur ayam dibasuh
  • Seulas bawang besar dipotong kecil
  • Sepokok daun bawang dirincik
  • Sepokok daun sup dirincik
  • 4 ketul jejari ketam/crab stick dipotong kecil dan dicelur
  • Sebiji carrot diparut
  • 2 bungkus mee segera Maggie perencah kari
  • Aji Shio Flavoured Pepper *optional*



1. Rebus mee Maggi hingga separa kembang. Tak payah kembang sangat, angkat dan toskan air rebusan. Ketepikan buat sementara waktu.

2. Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk dan pukul bersama-sama dengan perencah kari mee Maggi. Pukul dan kacau hingga kedua-duanya sebatian tersebut larut antara satu sama lain.

3. Masukkan mee segera yang telah direbus tadi, lepas tu masukkan kesemua bahan yang lain (bawang besar, daun sup, daun bawang, jejari ketam dan carrot) dan gaulkan hingga rata. Gaul, gaul dan gaul lagi biar kesemua bahan-bahan tersebut bersatu.



4. Panaskan fry pan (kuali pun boleh) dengan sedikit minyak. Bila dah betul-betul panas, baru masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi. Gunakan api yang sederhana. Kemudian balik-balikkan supaya kedua-dua belah permukaan murtabak itu masak antara satu sama lain. Jika terlalu tebal, sila tekan-tekankan takut masih ada lelehan telur yang masih belum masak. Boleh juga dicucuk dengan lidi sate. Jika kurang masin, boleh tambah garam atau ajinomoto. Saya guna Aji Shio flavoured pepper.



5. Eh, telur dadar ke apa ini ? Haa, camni lah rupa murtabak Maggi (my style) bila dah masak. Bulat besar lepas tu potongkan ia, dapatlah 8 slices. Warna-warni dan meriah dengan sayur. Baru best nak makan. LOL :D



6. Akhir sekali, hidangkan. Nak makan camtu saja pun boleh. Bawang jeruk takda sebab tak suka. Saya lagi suka cicah sos. Sedappp !


Kasi zoommm innnn ;)



Maklumat Tambahan :
Bahan-bahan (refer diatas sana) untuk resipi murtabak mee segera Maggi ini adalah untuk 2 butir murtabak. Boleh cuba sebungkus dulu bagi yang nak cuba. Berbaloi-baloi sebab sepotong kecil pun kenyang weh. Tebal pulak tu, memang puas hati bila makan. Serious wa tak tipu lu. Tak percaya, cubalah ;)






Sunday, August 4, 2013

SOTONG SUMBAT PULUT



First time dapat tau pasal sotong sumbat pulut atau nama lainnya ketupat sotong Kelantan, rasa teruja gilaaa nak tau cemana lah rupa dia. Sedap ke idok ? Meronta-meronta nak tau lelaju google. Bila dah jumpa, terus terfikir "agaknya kat Kelantan setiap kali raya mesti makan ketupat sotong kan". Nak jugakkk !


Dengan semangat yang membara, daku gagahkan diri mencuba memasak ketupat sotong Kelantan aka sotong sumbat pulut. Serious, teruja weh. Tetiba bangga pulak dengan diri sendiri. haha. Dah sudah merapu, meh tengok sini.


Apa yang kita perlukan :

  • Beras pulut
  • Sotong
  • Santan
  • Daun Pandan
  • Gula Melaka/Gula Gerek
  • Lidi Pencungkil Gigi
  • Garam secukup rasa *optional*




1. Bersihkan beras pulut molek-molek lepas tu rendamkan (ini pun boleh) dalam santan kelapa. Ketepikan buat sementara waktu.

2. Cuci sotong sebersih-bersihnya. Korek segala isi perut dan buangkan kulit sotong (jika perlu) yang warna ungu berbintik-bintik tu. Jangan lupa asingkan kepala sotong dan badannya okay.

3. Ambil beras pulut yang direndam tadi dan sumbatkan beras pulut sedikit demi sedikit ke dalam perut sotong. Sila simpan santan rendaman beras pulut sebab akan digunakan untuk proses merebus sotong. Kemudian satukan kepala sotong dengan mencucuk lidi pencungkil gigi berbentuk "X". Langkah ini perlu sebab tak nak beras pulut terkeluar daripada perut sotong. Ulang langkah yang sama hingga kehabisan sotong. 

4. Masukkan santan rendaman beras pulut ke dalam periuk, masukkan juga daun pandan dan sotong-sotong yang telah siap disumbat beras pulut. Gula melaka juga turut serta dimasukkan. Santan tu tak payah banyak sangat, nanti kuah cair, tak sedap ! Kemudian rebuskan hingga mendidih dan kuahnya menjadi likat dan pekat.

5. Kalau nak efek masin-masin sedikit, sila tambahkan garam secukup rasa. Yang ni optional. Ikut selera anak tekak memasing okay :)




6. Tadaaa. Siap dah ketupat sotong/sotong sumbat kita. First time buat sotong sumbat. Sedap weh, walaupun ku bukan oghe Kelate tetapi asal anak tekak boleh terima ku telan jua. LOL :D



Selamat Mencuba Bagi Yang Nak Cuba ;)






Saturday, August 3, 2013

RAHSIA TUDUNG BAWAL DAN SHAWL MUNCUNG TEGAK



Masalah utama kaum wanita bertudung ialah tudung bawal atau shawl especially shawl jenis kain licin selalu sangat terpenyet, herot dan tak muncung dengan elok. Ishhh, stress lah camnie. Bertambah-tambah stress bila ditiup angin. Macam-macam cara yang kita cuba untuk betulkan tudung supaya muncung tegak 360°. haha.

  • Muncungkan mulut dan hala 360° keatas sambil tiup "fuh fuhh fuhhh" semata-mata nak muncungkan tudung. Gigih okay ! 
  • Beli kertas keras lutsinar saiz A4 (cover buku skrap) lepas tu potong 3 bahagian. Ala-ala awning tudung lah nih sebab tak nak tudung penyet. Yang nie memang kreatif.
  • Tonyoh/Sental lilin dekat tudung. Lepas tu iron. Memang sah tudung akan muncung dan terletak dengan elok.

Cukuplah flashback zaman dahulu kala. Ada yang pernah buat dan masih buat hingga ke hari ini. Tengok tak bertapa gigihnya kita kaum wanita ? Okay, sila bangga ! Lagi bangga sebab sekarang dah takda masalah lagi nak pakai tudung bawal ke shawl ke sebab aku nak kongsi rahsia tudung dan shawl muncung tegak dan terletak elok atas kepala. Ini juga persis seperti tips (lah sangat). hehe


Hero penyelamat tudung-tudung yang ketegaq tak nak muncung tegak :)


Kiwi Kleen Fabric Starch. Ada 2 perasa (suka hati guna perkataan perasa), Lemon dan Regular. Harga murah dan sangat-sangat berbaloi weh. Dah laa murah, lepas tu tahan sampai berbulan pulak tu. Boleh beli dekat mana-mana pasaraya. Biasanya bendalah camnie tersusun dekat bahagian pencuci. Cuba cari, mesti jumpa.


Cara guna, kita cuma perlu spray dekat tudung bahagian atas kepala lepas tu gosok. Cepat, mudah dan senang ! Bila pakai tudung bawal, tudung pun terbentuk dengan elok. Lepas nih dah takda masalah tudung herot lagi :)






Friday, August 2, 2013

NASI ULAM CARA SAYA



Masih lagi didalam bulan Ramadhan yang mulia. Hai-hari makan nasi putih, ada sikit jemu. Jadi mari variasikan nasi dengan cara yang segar dan berkhasiat. Nasi ulam. Terus terkenangkan arwah tok yang tak pernah terlepas dalam menyediakan juadah ini. Sangat mudah dan ringkas. Mari cuba ;)




Apa yang kita perlukan :

Bahan 1 
Nasi putih. Masak nasi macam biasa. Jangan terlampau lembik nanti susah nak digaulkan dengan bahan yang lain. Tak pasal-pasal terpaksa tukar nama jadi nasi lembik ulam.

Bahan 2
2 batang serai, seinci (tolak tambah lebih kurang) halia dan lengkuas. Tumbuk kasi hancur. Tak payah terlampau halus sangat.

Bahan 3
2 ketul ikan talang masin bersaiz segi empat sama. Goreng sampai garing lepas tumbuk kasi hancur. Part ni jangan letak banyak sangat sebab ikan talang tue dah memang sedia masin.

Bahan 4
Campuran aneka ulam dan sayur. Daun pucuk gajus (janggus), ulam raja, daun selom, daun kesom, daun cekur, daun kunyit, bunga kantan dan kobis dirincik halus. Tak lupa juga 2 ulas bawang merah dihiris. Kemudian satukan kesemuanya. Untung siapa tinggal dekat kampung, macam-macam jenis ulam boleh dapat.

Bahan 5
Kerisik. *Tiada dalam gambar*



1. Gabungkan kesemua bahan 1, 2, dan 4, gaul rata. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit bahan 3 dan bahan 5. Pepandailah disitu ya. Awas, bahan 3 adalah masin. Masukkan dengan kadar minima. Bahan 5 juga optional nak letak banyak mana. Aku letak dengan kadar minima juga. Ikut selera anak tekak memasing lah okay. Gaul, gaul dan gaul lagi hingga rata dan sebati. Baunya memang menusuk kalbu.



Siap dan sedia dihidangkan. Enak dimakan bersama-sama sayur keladi dan juga telur masin. Rasanya kalau ada ikan kembung celup tepung pun sedap juga. Sebab banyak menggunakan ulam-ulaman dan sayuran segar, haruslah ini antara menu yang wajib diamalkan. Untuk awet muda katanya. Budu mana budu ? *tetiba* LOL :D



Maklumat Tambahan :
Lagi banyak ulam lagi meriah. Ikut citarasa memasing lah kan nak letak ulam apa. Kalau kat kampung, senanglah kerja aku nak memetik segala macam pokok ulam yang ada. Aku guna mana yang ada dalam peti ais. Lagi satu, kalau nak efek pedas, boleh tumbuk lada hitam lepas tue gaulkan sekali. Wallaaa ~






Thursday, August 1, 2013

ROTI GULUNG SOSEJ



Selalu sangat makan roti gardenia cicah dengan air milo, kali ni terajin sikit nak try something new. New pun tak new sangatlah. Asal boleh dan nampak sedap, haruslah dicuba. Anak tekak punya pasal, aku takda hal. Bab makan memang kena gigih. hehe


Dah laa, malaslah nak merapu pepanjang, meh laa study (beria guna perkataan study supaya tampak bersungguh-sungguh) cemana nak buat roti sosej gulung ni. Aih, simple sangat ni. Rugi tak try ...




Apa yang kita perlukan :
  • Roti Gardenia atau apa saja brand yang disukai.
  • Sosej ayam Ayamas, brand lain pun boleh.
  • 2 biji telur. Sebijik telur ambil putihnya sahaja dan sebijik lagi dipukul sedikit kembang.
  • Serbuk roti aka breadcumbs. Ada warna putih, oren dan kuning campuran oren. 
  • Minyak untuk menggoreng.



1. Mula-mula celur/rebus sosej dalam air yang mendidih. Tak payah lelama sangat, kejap pun dah memadai. Toskan dan biarkan hingga sejuk.

2. Sementara tunggu sosej sejuk, gelek roti hingga nipis senipisnya. Kalau takda rolling pin, kau carilah alternatif lain asalkan kau boleh gelek roti tu. Nak buang kulit tepi roti pun boleh, tak nak pun takpa. Aku tak buang pun. Ikut citarasa masing-masing lah kan.



3. Sebelum goreng, celupkan roti gulung kedalam telur yang dipukul lepas tue, salutkan/gelek dalam taburan serbuk roti (breadcumbs). Biarkan gulungan roti tersebut dipenuhi dengan serbuk roti, baru comel.

4. Goreng didalam minyak yang betul-betul panas dengang menggunakan api yang sederhana. Tak perlu lelama sangat, nampak kuning keemasan tue dah boleh angkat. Masa tengah menggoreng sila fokus sebab apa, roti gulung sosej ni terlampau manja nak kan sepenuh perhatian. Jangan leka, nanti hangit hitam legam takda sapa pun nak makan.



5. Memandangkan aku hanya guna sepaket sosej dapatlah 10 ketul roti sosej gulung. Gemok-gemok pulak tue. hehe. Dah siap, boleh potong/kerat dua lepas tue hidangkan bersama-sama sos cili dan mayonis. Wallaaa ~ Makan seketul pun dah kenyang gilaaa weh. LOL :D






 
Copyright Diari Miza - All rights reserved.