Friday, August 2, 2013

NASI ULAM CARA SAYA



Masih lagi didalam bulan Ramadhan yang mulia. Hai-hari makan nasi putih, ada sikit jemu. Jadi mari variasikan nasi dengan cara yang segar dan berkhasiat. Nasi ulam. Terus terkenangkan arwah tok yang tak pernah terlepas dalam menyediakan juadah ini. Sangat mudah dan ringkas. Mari cuba ;)




Apa yang kita perlukan :

Bahan 1 
Nasi putih. Masak nasi macam biasa. Jangan terlampau lembik nanti susah nak digaulkan dengan bahan yang lain. Tak pasal-pasal terpaksa tukar nama jadi nasi lembik ulam.

Bahan 2
2 batang serai, seinci (tolak tambah lebih kurang) halia dan lengkuas. Tumbuk kasi hancur. Tak payah terlampau halus sangat.

Bahan 3
2 ketul ikan talang masin bersaiz segi empat sama. Goreng sampai garing lepas tumbuk kasi hancur. Part ni jangan letak banyak sangat sebab ikan talang tue dah memang sedia masin.

Bahan 4
Campuran aneka ulam dan sayur. Daun pucuk gajus (janggus), ulam raja, daun selom, daun kesom, daun cekur, daun kunyit, bunga kantan dan kobis dirincik halus. Tak lupa juga 2 ulas bawang merah dihiris. Kemudian satukan kesemuanya. Untung siapa tinggal dekat kampung, macam-macam jenis ulam boleh dapat.

Bahan 5
Kerisik. *Tiada dalam gambar*



1. Gabungkan kesemua bahan 1, 2, dan 4, gaul rata. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit bahan 3 dan bahan 5. Pepandailah disitu ya. Awas, bahan 3 adalah masin. Masukkan dengan kadar minima. Bahan 5 juga optional nak letak banyak mana. Aku letak dengan kadar minima juga. Ikut selera anak tekak memasing lah okay. Gaul, gaul dan gaul lagi hingga rata dan sebati. Baunya memang menusuk kalbu.



Siap dan sedia dihidangkan. Enak dimakan bersama-sama sayur keladi dan juga telur masin. Rasanya kalau ada ikan kembung celup tepung pun sedap juga. Sebab banyak menggunakan ulam-ulaman dan sayuran segar, haruslah ini antara menu yang wajib diamalkan. Untuk awet muda katanya. Budu mana budu ? *tetiba* LOL :D



Maklumat Tambahan :
Lagi banyak ulam lagi meriah. Ikut citarasa memasing lah kan nak letak ulam apa. Kalau kat kampung, senanglah kerja aku nak memetik segala macam pokok ulam yang ada. Aku guna mana yang ada dalam peti ais. Lagi satu, kalau nak efek pedas, boleh tumbuk lada hitam lepas tue gaulkan sekali. Wallaaa ~



8 comments:

Terima kasih sudi baca dn komen ◕‿◕




 
Copyright Diari Miza - All rights reserved.