Yang mana satu jadi pilihan ?
Kau kalau tanya aku. lelaju kujawab baju tempah menjadi pilih. Sebabnya, keselesaan sewaktu memakai yang paling diutamakan. Lagi satu, tailor kan ukur setiap inci ukuran dibadan kita. Boleh pilih, nak ketat ke longgar ke. Tak semua baju ready made ngam-ngam dengan bentuk tubuh kita. Pernah beli baju ready made pakainya hanya sekali saja. Pengakhirannya terperuk dalam almari baju. Lepas tu serba-serbi nak dikomennya, which is ;
- "awat besaq sangat nie ?"
- "alaaa, bahagian lengan pulak singkat/senteng"
- "jahitan dia tak best laa, tak selesa"
Baju ready made designnya semua tiptop dan memang ada yang berkenan pun, tapi itulah dah namanya manusia ada saja benda yang tak kena. Bila mak ajak pergi beli baju ready made, sepatutnya zahirkan kegembiraan yang melampau tapi sebaliknya pulak yang berlaku. Mengada sangat tau -____- Rasa macam dan boleh predict situasi macam mana akan ditempuhi. Haa, lebih kurang camni lah ;
- "dik, colour ni dah habis. Colour yang ini boleh ?"
- "saiz ** dah habis, kalau pattern camni saiz yang adik nak tu ada laa"
- "tinggal yang ni saja"
Selamat Hari Raya *tetiba*
Untunglah waktu kecil, mak selalu tempahkan baju untuk anak-anaknya. Baju kurung mesti/wajib ada poket sebab senang nak masukkan duit raya bebanyak. Bukan setakat duit raya, coklat/gula-gula pun ikut serta sebab ini pemberian tuan rumah sewaktu beraya. Standard zaman bebudak satu ketika dahulu. Rindunyaaa *eh, tetiba* Comel sangat sampai senget-senget bahu. LOL :D
Bila sudah meningkat remaja, kemain eksyen baju raya nak ada span dibahu sebab tak nak kelihatan gelebeh, keputusan muktamad tak nak ada poket sebab nampak budak-budak (bajet dah besar letew) sangat. Lagi satu bila kreatif sangat, siap mintak tailor jahitkan ikut design (lah sangat) sendiri. Amboiii kau Miza ... Dan perkara tentang pemilihan baju inilah yang dibawa-bawa hingga ke hari ini, beli kain lepas tu hantar tempah ;)
Akak mujur mak tukang jahit, senang boleh equest nak lagu mana ;D
ReplyDeleteUntunglah akak, boleh design sendiri kan :)
Delete