CINTA. Apa itu cinta ? Cinta
bermaksud perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada manusia, kebebasan,
negara dan sebagainya. Cinta juga membawa maksud perasaan atau berperasaan
sangat berahi, asyik, kasih dan sayang diantara lelaki dan perempuan. Bercakap
soala cinta, saya pasti setiap manusia pernah merasainya termasuk diri saya
sendiri.
"First Date is Awkward,
First Kiss is Heaven,
First Love is Irreplaceable,
First Heartbreak is Unforgettable"
Pada pandangan saya, cinta pertama
umpama cinta monyet. Cinta pertama sampai bila-bila pun, tetap menjadi yang
pertama. Kata orang, cinta pertama memberikan impak yang besar dalam kehidupan
setiap orang yang merasainya. Pada dasarnya, cinta pertama memang sukar
dilupakan kerana ianya merupakan pengalaman pertama dan pengajaran dalam sebuah
percintaan.
Cinta pertama merupakan saat
pertama kali kita merasa perasaan mencintai, menyayangi dan merindui seseorang.
Melalui cinta pertama juga, setiap insan akan belajar untuk memberi, menerima
dan mamahami. Proses pembelajaran bagi kedua-dua belah pihak semasa melayari
dunia percintaan. Tidak dinafikan bahawa cinta pertama sememangnya indah dan
mengasyikkan.
Sekiranya ditakdirkan gagal pada
cinta pertama, jadikan ia sebagai satu sejarah dan pengajaran untuk tidak
mengulanginya pada cinta kedua. Cinta kedua juga akan menjadi manis dan hebat
sekiranya kita sentiasa memperbaiki setiap kelemahan hasil daripada pengajaran
cinta pertama. Cinta pertama memang sukar dilupakan, belajarlah daripada pengalaman
untuk menjadi seorang kuat dan tabah.
Apa yang perlu kita ketahui,
tanpa cinta pertama, kita tidak akan berpeluang merasai cinta kedua. Untunglah
bagi mereka yang sememangnya ditakdirkan berkahwin dengan cinta pertama. Bukan
semua orang berpeluang kembali kepada cinta pertama dan sekiranya berlaku ianya
mungkin satu kebetulan ataupun selayaknya dipanggil "jodoh". Jodoh
itu kan rahsia Allah J
Cinta pertama cinta separuh mati,
Sememangnya tak kusangka tak kuduga,
Andai ini suratan dan ketentuan ilahi,
Cinta kedua biarlah kekal hingga ke
syurga
*Entry ini ditaja oleh www.eyriqazz.com.
wow...terkesima kejap. hehe
ReplyDelete